Wednesday 12 December 2012

RAWATAN BEKAM DI DANAU KOTA KL



ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH...

Insyaa Allah bagi sesiapa yang berhajat nak mendapatkan khidmat rawatan bekam bolehlah hubungi saya untuk temujanji. Tempat rawatan di rumah saya sendiri beralamat di  

NO. 24 JALAN 15/23B, 
TAMAN DANAU KOTA, 
53300 SETAPAK KUALA LUMPUR. 

Untuk temujanji rawatan sila hubungi saya di
 03-4031 0297 atau hp no. 017-286 3775

Waktu rawatan setiap hari bermula jam 
10 pagi - 6 petang dan
8 malam - 10 malam.
Tutup setiap hari Rabu.

Bekam merupakan amalan Rasulullah s.a.w. untuk menyembuhkan penyakit (curative) dan mencegah penyakit (preventive).



 Bekam adalah satu kaedah mengeluarkan sesuatu yang menyebabkan keracunan (toksid) pada tubuh badan melalui permukaan kulit.

Proses ini membantu memberi kerehatan kepada ginjal, limpa dan hati daripada melakukan kerja yang berat secara berpanjangan.


 Berbekam adalah satu cara DETOKSIFIKASI (tindakan medis untuk mengeluarkan racun dari bahagian tubuh) yang sesuai dan selamat bagi manusia yang mana tiada kesan sampingan, malah menyembuhkan.

Bekam adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menghilangkan kesakitan.

Bekam adalah satu teknik yang boleh mengaktifkan saraf-saraf yang tidak aktif atau lemah. Dengan cara ini, sistem-sistem tubuh akan dapat dibangkitkan dan meningkatkan imuniti tubuh.



 (Cup-cup bekam dan peralatan bekam akan di steril sebelum di gunakan bagi membasmi kuman-kuman. )


(Antara peralatan-peralatan rawatan bekam yang di gunakan.)

BEKAM - RAWATAN SUNNAH NABI SAW


Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.

KENAPA PERLU BERBEKAM???
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.
KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."

WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.